Friday, September 25, 2009

peluang pelaburan, tanah untuk disewa / tanah untuk dipajak

Sebelum ini aku pernah menceritakan konsep yang aku guna pakai dalam memulakan langkah aku di bidang pekebun kecil. kalau tak mampu beli tanah, kita sewa. okeh, untuk kes aku, tanah untuk disewa tu kebetulan kosong, yang buat rundingan tu, ayah aku. kira nasib baik la dapat. kalau lambat hari tu kira melepas la jawabnya.

Pada masa akan datang peluang macam ni belum tentu akan datang bergolek, tapi kalau datang jugak aku terima ja dengan tangan terbuka. sebelum tu kena la perkemaskan diri.

Antara perkara yang perlu diambilkira ialah penyediaan modal. Sepanjang pemerhatian aku peluang yang terlepas dalam hidup kita datang selalunya dalam keadaan kita tak bersedia. Bila dapat offer kita tak mampu, bila dah mampu peluang tu dah pun terlepas. mula la nak menyesal. aku sendiri pernah alami perkara ni.

Kes 1 : Tanah bersebelahan kebun ayah aku dengar khabarnya nak dijual. Dengan segera aku dan ayah aku mengatur pertemuan dengan tuan tanah untuk berbincang walaupun modal masa tu tak berapa cukup. nilai yang tuan tanah mintak 75K untuk 5 relung tanah. tanah tu pulak tepi jalan. jadi mudahlah nanti kalau ayah aku nak pegi kebun dia, tak perlu lalu tanah orang. ayah aku mintak kurang ikut kemampuan dia, tapi tuan tanah berkeras tak nak kurang. last sekali, rundingan menemui jalan buntu. tuan tanah cancel tak jadi jual. melepas....

Kes 2 : Rumah kedai kat area kawasan aku tinggal, baru dibangunkan, dijual pada harga 77K. Mulanya aku nak pi tengok rumah kembar, saja2 pi tengok sekali rumah kedai, ada kosong 3 unit. Tak bersungguh pun aku nak beli. sambil tu pi tanya jugak la pendapat kawan2. 2 minggu lepas tu aku pegi ada lagi rumah kedai tu. tapi aku tak amik jugak pun. Sekarang ni, rumah kedai tu dah siap. Nak tau berapa market value? 100K++. Kadar sewa pulak RM600.00 sebulan. Nak pi check kot2 ada kosong belum terjual... sorii.... jangan harap!!

Jadi, moral of the story, sentiasalah bersedia dengan modal.

Aku tengah buat planning untuk menambah keluasan kebun sawit dalam lingkungan 30km persegi dari kawasan aku tinggal. Untuk fasa awal ni aku akan mula berhubung dengan saudara dan kenalan yang berminat. email aku mohdaziran@gmail.com

Wednesday, September 16, 2009

Kepelbagaian Cara Menuntut Ilmu

Ilmu adalah penting dalam hidup kita. Ilmu dapat membezakan kita dari orang lain. Orang yang berilmu akan sentiasa dipandang mulia. Terlalu banyak ilmu yang boleh kita dalami. Terpulang pada kita samaada untuk menggunakan ilmu ke arah kebaikan atau kejahatan.

1. Sekolah
Di zaman persekolahan kita didedahkan dengan ilmu asas membaca, menulis dan mengira. Seterusnya kita didedahkan dengan ilmu asas bahasa, matematik, sains, agama dan juga sejarah. Pada peringkat persekolahan, anak-anak selalunya kurang jelas tentang keperluan belajar, yang mereka tahu kawan-kawan ramai di sekolah. Jadi disini, ibubapa memainkan peranan untuk menghantar dan menggalakkan anak-anak ke sekolah.

2. Universiti
Pembelajaran di universiti adalah mengkhusus kepada sesuatu bidang seperti kejuruteraan, perubatan, guaman, teknologi maklumat, bahasa. Selain pengkususan-pengkhususan tersebut pelajar juga didedahkan teknik berkomunikasi, bermasyarakat, menguruskan organisasi/majlis , membina keyakinan diri dan pelbagai lagi dalam aktiviti luar kuliah.

3. Belajar dari pengalaman sendiri
Cara yang paling mudah dan tak ternilai untuk menuntut ilmu adalah dari pengalaman kita sendiri. Pembelajaran melalui pengalaman ini kita telah amalkan sejak dari kecil lagi sehinggalah sekarang dan seterusnya sampai kita mati. Kalau setakat belajar saja tanpa amalan tak berguna juga, akhirnya kita akan lupa begitu sahaja.

4. Belajar dari pengalaman orang lain
Belajar dari pengalaman orang lain dapat menjimatkan masa belajar kita. Dengan selalu bertukar-tukar pendapat kita dapat memperdalamkan ilmu sebelum kita kita mempraktikkan sesuatu perkara. Dengan mengkaji kegagalan orang lain, kita dapat mengelakkan perkara yang sama berlaku ke atas diri kita.

5. Mentor
Perlu ada sekurang-kurangnya 2 atau 3 mentor (lagi banyak lagi bagus). Mentor diperlukan untuk memberi nasihat dan menegur apa-apa kesilapan yang kita lakukan sepanjang proses belajar sesuatu ilmu. Di zaman sekolah gurulah mentor kita; di universiti penyarah mentor kita; dalam menuntut ilmu agama ustaz mentor kita. Kalau tak ada mentor? tak apa, pelan-pelan cari laa mentor, cukuplah sekadar ada idola. Cari seorang yang paling kita respect sebagai idola dan berusaha untuk menjadi seperti beliau.

6. Buku/Majalah/Akhbar

7. Seminar
Seminar selalunya dianjurkan oleh orang-orang yang berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Tujuan seminar diadakan adalah untuk berkongsi pengalaman dan kejayaan yang telah mereka kecapi. Dengan mengikuti seminar kita dapat memantapkan lagi pengetahuan dalam diri kita selain dapat bertukar-tukar pendapat dengan para peserta.

8. Internet
Internet merupakan medium terkini yang digunakan untuk berkongsi maklumat. Maklumat di dalam internet sentiasa berkembang setiap saat seiring dengan meningkatnya penguna internet. Pengguna bukan sahaja mendapatkan maklumat dari internet malah mengongsikan maklumat antara satu sama lain.

Thursday, September 3, 2009

Selamat berpuasa

Dah masuk hari ke-14 dah pun puasa.. sekejap saja rasanya... lepas ni dah nak raya... alhamdulillah, 10 relung tanah yang aku pajak dah pun selamat ditanam sawit... sedikit saja tergelincir dari target asal yang mana seminggu awal bulan puasa tu aku terpaksa turun ke kebun untuk kerja-kerja memancang... sebelum tu kena pi tebang buluh dulu... lepas tu nak kena potong ikut saiz, tajamkan satu hujung, angkut ke kebun, pastu baru boleh memancang pokok... untuk menjimatkan kos aku buat ngan ayah... penat jugak la sebab tak boleh minum air... kat pasar ramadan aku pi beli air tebu... time bukak posa aku sorang ja yang langgah sampai abis air tebu tu...:)

minggu kedua puasa kakak aku yang duduk kat kuala nerang balik bukak puasa kat rumah mak... adik aku yang duduk kat banting balik pulak dua hari lepas tu... seronok boleh bukak puasa ramai2 ni... minggu kedua ni jugak hujan turun tak renti-renti sehingga hampir menyebabkan banjir besar... time bukak posa kat rumah mak aku perasan air dah start naik kat rumah seberang jalan... sampai satu ketika air tu dah start lintas jalan... nasib baik pagi besoknya hujan dah start berenti dan air dah mula surut... selamat anak sawit aku dari ditelenggami air...

Dalam bulan puasa ni tak banyak benda yang aku buat kat kebun... sekadar pergi melawat anak pokok ja... mak pesan suruh pi jengah pokok tu selalu... baru pokok tu senyum sikit tengok tuan dia datang... selain dari tu aku uruskan kerja-kerja berkaitan dokumen sewa/pajak tanah dan turun naik bank buat pinjaman kat bank... sukarnya nak buat pinjaman bila komitmen dah banyak ni... BSN kena reject, Standard Chartered kena reject, Allience tengah proses, Al Rajhi menyusul... huh penat... pilihan terakhir AgroBank, buat pinjaman bercagar tanah... untuk bagi bank lebih yakin, aku rasa aku kena buat sikit paper work untuk projek ni...