Thursday, March 25, 2010

tebu update



setakat ni pokok tebu yang aku tanam dah ada yang sama tinggi dengan orang... tak mustahil bulan posa ni boleh mencecah sampai 8 ke 10 kaki... bahagian pangkal tebu aku ni agak kurus berbanding bahagian atasnya disebabkan penggunaan baja tenggelam banjir yang tak efektif... selepas aku tukar baja nitrophoska keluaran behn mayer baru la nampak gumok sikit... kalau sebatang seringgit... seribu batang dah kira seribu ringgit... ok la tu... nama pun projek sampingan... tak penat sangat macam tanam cabai....
kesimpulan yang aku boleh buat, tanam tebu memang best... tak banyak karenah... tebu yang aku tanam adalah tebu jenis telur... ada la dua tiga batang tebu morris dan tebu hitam yang tersesat... tebu telur ni tak la besar macam tebu morris... aku agak amik kisah pasal saiz ni sebab kat area aku ni, diorang beli tebu kira timbang, tak macam sebelah johor, tebu telur diorang kira ikut gred A, B, C. jadi semestinya la aku suka morris... pada hemat aku lagi banyak aku letak baja, lagi besar la saiz nya... lagi besar saiznya, lagi berat la bila timbang... lagi berat tebu tu, lagi banyak dirham la aku dapat... kalau aku tanam beribu-ribu tebu... lagi beribu-ribu dirham la aku dapat....

4 comments:

  1. wow....sawit....tebu...ini baru pertanian itu perniagaan

    ReplyDelete
  2. heheh... pertanian ada 3 level asrul... jangka pendek, sederhana & panjang... sawit tu pertanian jangkamasa panjang... tebu jangkamasa sederhana... masih dalam jangkauan aku sebagai pekerja makan gaji... grab aje lah...

    ReplyDelete
  3. Aku baru nak cuba2...harap2 menjadi dapat tambah duit sikit..

    ReplyDelete
  4. Masa terbaik tanam tebu 9~10 bulan sebelum bulan puasa... Insya-Allah semua tebu yang ditanam habis terjual. Good luck.

    ReplyDelete