Wednesday, December 30, 2009

tanah rizab sungai, banyak yang terbiar begitu sahaja

malaysia ni sebenarnya kaya. kalau kita lalu sepanjang jalan, sepanjang sungai, sepanjang laluan kabel elektrik, kita dapat lihat banyak tanah terbiar yang tidak diusahakan. tanah-tanah terbiar tersebut kalau diusahakan mampu memberi pulangan yang agak baik sebenarnya. mau kena gaya dan cara saja.

namun begitu, walaupun terbiar, kita tak boleh pandai-pandai pi bukak tanah tersebut dan tanam ikut suka hati kita. ada tuannya tu... cuma tuan tanah tu malas saja... selalunya yang berlaku, bila kita pi mintak untuk diusahakan, baru la tuan tanah tu celik mata... mula lah bagi alasan dia nak usaha sendiri la, ada orang dah datang tengok nak beli la, dan beribu macam lagi alasan. padahal sebelum tu kita tengok dah 2 3 tahun terbiar tanah tu...

yang menjadi persoalannya sekarang, bagaimanakah cara yang sepatutnya untuk mengusahakan tanah rizab sungai?

-check dengan pejabat tanah
-check dengan JPS
-tanya tuan tanah bersebelahan

kena pastikan betul2 tanah tersebut benar2 terbiar tidak diusahakan bagi mengelakkan berlakunya tuntutan di kemudian hari. selalunya tuan tanah bersebelahan tanah rizab sungai yang mengusahakan tanah tersebut. walaupun hanya ditanam dengan pokok ubi atau pokok pisang sahaja boleh dikira sebagai diusahakan.

kadang2 orang yang mengusahakan tanah rizab sungai tersebut telah lama meninggal dunia. anak-anak atau saudara mara orang tersebut pun tak tahu menahu tentang tanah tersebut. jadi disinilah terbukanya peluang kepada kita. selepas dipastikan tanah tersebut memang tiada tuan, keluarkan notis untuk mengusahakan tanah tersebut kepada pihak yang sewajarnya. jika tiada tuntutan barulah kita boleh mengusahakan tanah tersebut.

Monday, December 21, 2009

Dugaan terbesar...

lepas satu dugaan ke dugaan yang lain.. besar sungguh dugaan kali sampai nak nangis setiap kali aku pikirkan perkara tersebut.. bayangkanlah keseluruhan 10 relung pokok sawit mati akibat kesilapan meracun...perasaan tak tentu arah dan macam2 lah... begitu perasaan aku di awal bulan doblas baru-baru ni... semuanya akibat kesilapan memahami fakta meracun daripada tokey kedai racun... bukan setakat kuning, merah abih daun sawit... diambang nak mati lah katakan...

apa yang mampu aku buat?? berdoa saja lah agar pokok tak mati... terus aku cantas semua daun sampai dogol... cepat2 aku tabur baja supaya pokok cepat pulih... alhamdulillah selepas 2 minggu, kelihatan terdapat kesan2 positif... harapnya terus pulih laa... lebih kurang 20 pokok mati... yang lain2 tu pucuk baru kembang daun... dia punya kembang kecik saja... jadi lah... sedih aku tengok... nampak gayanya tak dapat la nak tuai hasil awal... :(

Thursday, November 12, 2009

Hukum Alam : Banjir

Bersyukur kita kepada Allah atas segala rahmat yang diberikan. Jangan kita asyik merungut dengan dugaan-dugaan yang diberikan. Dugaan yang diberikan supaya kita sentiasa beringat kepada Allah. Ini menunjukkan Allah sayang kepada kita.

11 November 2009, lebih kurang 1:30 pagi, banjir telah melanda kampung aku. Rumah orang tua aku telah dinaiki air setinggi paras lutut. apabila dapat call dari mak, aku terus bergegas untuk membantu apa yang patut. Fenomena banjir kali ni agak berbeza daripada banjir2 sebelumnya. selalunya kalau hujan tak henti-henti selama seminggu baru air naik. Kali ni lain sikit. pagi tu panas terik, petang tu hujan dengan lebatnya. Tiba2 air naik dengan mendadak, surut pun cepat jugak la... banjir kilat, selalu kat KL jer berlaku... Kadang-kadang perkara semacam ni berlaku adalah disebabkan tangan-tangan manusia sendiri jugak... untuk mengingatkan kita jangan mencabar hukum alam. terima lah dengan reda...

Pokok sawit aku tak terlepas daripada penangan banjir tersebut. Nasib baik surut cepat. Sawit ni pada aku adalah antara pokok-pokok yang agak lasak. Tapi kalau dah berminggu-minggu terendam mati jugak dia...

Monday, November 9, 2009

Pasaran Dalam Perniagaan

Kepada sesiapa yang inigin memulakan perniagaan, yang pernah memohon bantuan, samaada daripada agensi kerajaan ataupun daripada bank, mungkin pernah diajukan dengan persoalan pasaran. Kadang-kadang soalan sekecil ini sahaja dah membantutkan semangat mereka-mereka yang baru mula hendak menjinakkan diri dengan perniagaan.


Pasaran penting dalam perniagaan. Kita perlu tahu siapa dan di mana target pasaran kita. Dengan mengetahui tentang pasaran, kita dapat membuat pelan dan tindakan yang sewajarnya dalam perniagaan yang kita ceburi. Pasaran merupakan perkara pokok yang menentukan hala tuju perniagaan. Tanpa pasaran kita cuma syok sendiri saja menjalankan perniagaan.


Tujuan kita menjalankan perniagaan adalah untuk mendapatkan untung, tidak kiralah kecil ataupun besar. Daripada mana kita dapat untung tersebut? Tentulah daripada hasil jualan produk ataupun servis kepada pembeli ataupun pelanggan. Jelas sekali mereka inilah yang kita cari. Mereka inilah pasaran kita. Pasaran boleh terdiri daripada individu perseorangan, syarikat ataupun agensi kerajaan. Selain itu pasaran juga boleh dipecahkan mengikut peringkat umur, jantina, kaum ataupun taraf hidup. Tugas kita mudah, kecilkan skop pembeli ataupun pelanggan ini mengikut bidang perniagaaan yang kita ceburi. Yang penting fokus, fokus dan fokus...




Mini Projek : Tebu

Idea untuk Mini Projek : Tebu ini tercetus semata-mata untuk tidak membiarkan tapak projek tanaman cabai tidak dipenuhi semak samun. Sebelum bulan puasa hari tu, tapak tersebut dah pun dipenuhi lalang. Abang Halim, jiran sebelah rumah yang tolong racun. Bukannya aku tak nak racun sendiri, tapi pam racun aku rosak, dah berkali-kali aku try repair, tak boleh-boleh. Dalam bulan puasa, lalang-lalang tu pun mati kesan daripada penangan racun rumpai. Tak lama kemudian kesan batas cabai pun jelas kelihatan kembali. Dari situlah aku mula mencongak-congak untuk menanam sesuatu.


Aku adalah pekerja makan gaji. Waktu kerja aku adalah dari pukul 8:30 sehinggalah pukul 5:30, setiap hari Isnin sampai Jumaat. Selain tu aku juga sedang mengusahakan tanaman sawit seluas 18 relung.


Atas pertimbangan tersebut aku perlu memikirkan tanaman yang sesuai dengan masa yang aku ada. Dan akhirnya aku memutuskan untuk menanam tebu. Antara faktor aku memilih tebu adalah:-


1) Penjagaan yang agak mudah

2) Selang masa pembajaan yang agak panjang

3) Tempoh menuai hasil yang boleh dipanjangkan

4) Ancaman serangan musuh perosak yang sedikit

5) Tebu sedang hangat dibincangkan di Bicarajutawan

6) Terdapatnya rujukan penanaman tebu di Internet

7) Ayah aku berpengalaman dalam bidang penanaman tebu

8) Harga pasaran yang agak OK

9) Kos permulaan dan kos operasi yang minimum

Tawaran Pembelian Jentera Pertanian

Anda mendapat tawaran pembelian jentera pertanian daripada salah satu agensi kerajaan dengan pembayaran separuh harga. Sebahagian pembayaran ditanggung oleh agensi kerajaan tersebut, manakala sebahagian lagi yang ditanggung oleh pembeli perlu dibayar secara tunai. Umumnya kita mengetahui penggunaan jentera dapat membantu mempercepatkan proses dalam pertanian.


Persoalannya adakah anda perlu menerima tawaran tersebut?


Seperti juga pembelian kereta, pembelian jentera pertanian mempunyai susut nilai, perlu diselenggara pada tempoh-tempoh tertentu dan datang bersama seribu satu macam masalah kerosakan yang tak dijangka.


Jika anda membeli jentera pertanian tersebut hanya disebabkan tawaran pembayaran separuh harga tetapi penggunaan yang anda jangka hanya sekali atau dua kali sahaja dalam setahun, adalah lebih berbaloi jika ada menyewa sahaja.


Jadi, jawapannya adalah "Ya" jika anda akan menggunakan sepenuhnya jentera tersebut, dan "Tidak" jika anda membeli untuk menyimpan jentera tersebut. Pertimbangkanlah dengan sebaik-baiknya.....

Sawit Update 2

Hari yang sibuk sepanjang minggu. Bulan Oktober dah pun berlalu. Pejam celik, pejam celik dah nak raya haji pulak. Hari-hari yang aku lalui sejak dua menjak ni cukup padat. Sampai satu tahap aku rasa seolah-olah aku tak ada cuti lansung!

Kat tempat kerja aku tengah sibuk dengan ISO 9001:2008 yang aku kena handle. Balik kerja aku akan turun ke kebun sawit, tak pun aku ke kebun sebelah rumah untuk projek baru aku. Hari sabtu ngan ahad memang aku sepenuhnya ada kat kebun sawit.

Status kat kebun sawit? Alhamdulillah, pokok dah mula mengeluarkan pucuk baru. Itu tandanya akar pokok dah mula serasi dengan tanah dan dah pandai cari makan sendiri. Cuma ada 2/3 pokok saja yang mati. Daun pulak agak kekuningan akibat kurang baja rasanya. Sekarang ni musim hujan, kurang sesuai nak letak baja. Rumput-rumpai pulak sedang tumbuh dengan meriahnya. Aku pulak, apa lagi, kena turun padang la jawabnya, galas mesin rumput, buat piring sawit. Kalau nak mudah dan cepat memang la boleh upah orang saja. Atas alasan nak menjimatkan kos dan nak merasai sendiri pengalaman buat kerja-kerja asas sendiri, terpaksa la aku korbankan masa buat sendiri. Yang bagusnya aku dapat belek sendiri dari satu pokok ke satu pokok tengok masalah. Dari pemerhatian aku, banyak lagi yang aku perlu buat lepas habis buat piring ni. Perbetulkan pokok senget, membaja, korek parit, buat jalan, kutip pancang....

Penat? memang penat. Hari pertama buat piring, habis sakit satu badan. Hari-hari berikutnya sakit-sakit mula hilang dan rasa macam biasa balik. Pengalaman yang aku dapat? tak ternilai....

Friday, September 25, 2009

peluang pelaburan, tanah untuk disewa / tanah untuk dipajak

Sebelum ini aku pernah menceritakan konsep yang aku guna pakai dalam memulakan langkah aku di bidang pekebun kecil. kalau tak mampu beli tanah, kita sewa. okeh, untuk kes aku, tanah untuk disewa tu kebetulan kosong, yang buat rundingan tu, ayah aku. kira nasib baik la dapat. kalau lambat hari tu kira melepas la jawabnya.

Pada masa akan datang peluang macam ni belum tentu akan datang bergolek, tapi kalau datang jugak aku terima ja dengan tangan terbuka. sebelum tu kena la perkemaskan diri.

Antara perkara yang perlu diambilkira ialah penyediaan modal. Sepanjang pemerhatian aku peluang yang terlepas dalam hidup kita datang selalunya dalam keadaan kita tak bersedia. Bila dapat offer kita tak mampu, bila dah mampu peluang tu dah pun terlepas. mula la nak menyesal. aku sendiri pernah alami perkara ni.

Kes 1 : Tanah bersebelahan kebun ayah aku dengar khabarnya nak dijual. Dengan segera aku dan ayah aku mengatur pertemuan dengan tuan tanah untuk berbincang walaupun modal masa tu tak berapa cukup. nilai yang tuan tanah mintak 75K untuk 5 relung tanah. tanah tu pulak tepi jalan. jadi mudahlah nanti kalau ayah aku nak pegi kebun dia, tak perlu lalu tanah orang. ayah aku mintak kurang ikut kemampuan dia, tapi tuan tanah berkeras tak nak kurang. last sekali, rundingan menemui jalan buntu. tuan tanah cancel tak jadi jual. melepas....

Kes 2 : Rumah kedai kat area kawasan aku tinggal, baru dibangunkan, dijual pada harga 77K. Mulanya aku nak pi tengok rumah kembar, saja2 pi tengok sekali rumah kedai, ada kosong 3 unit. Tak bersungguh pun aku nak beli. sambil tu pi tanya jugak la pendapat kawan2. 2 minggu lepas tu aku pegi ada lagi rumah kedai tu. tapi aku tak amik jugak pun. Sekarang ni, rumah kedai tu dah siap. Nak tau berapa market value? 100K++. Kadar sewa pulak RM600.00 sebulan. Nak pi check kot2 ada kosong belum terjual... sorii.... jangan harap!!

Jadi, moral of the story, sentiasalah bersedia dengan modal.

Aku tengah buat planning untuk menambah keluasan kebun sawit dalam lingkungan 30km persegi dari kawasan aku tinggal. Untuk fasa awal ni aku akan mula berhubung dengan saudara dan kenalan yang berminat. email aku mohdaziran@gmail.com

Wednesday, September 16, 2009

Kepelbagaian Cara Menuntut Ilmu

Ilmu adalah penting dalam hidup kita. Ilmu dapat membezakan kita dari orang lain. Orang yang berilmu akan sentiasa dipandang mulia. Terlalu banyak ilmu yang boleh kita dalami. Terpulang pada kita samaada untuk menggunakan ilmu ke arah kebaikan atau kejahatan.

1. Sekolah
Di zaman persekolahan kita didedahkan dengan ilmu asas membaca, menulis dan mengira. Seterusnya kita didedahkan dengan ilmu asas bahasa, matematik, sains, agama dan juga sejarah. Pada peringkat persekolahan, anak-anak selalunya kurang jelas tentang keperluan belajar, yang mereka tahu kawan-kawan ramai di sekolah. Jadi disini, ibubapa memainkan peranan untuk menghantar dan menggalakkan anak-anak ke sekolah.

2. Universiti
Pembelajaran di universiti adalah mengkhusus kepada sesuatu bidang seperti kejuruteraan, perubatan, guaman, teknologi maklumat, bahasa. Selain pengkususan-pengkhususan tersebut pelajar juga didedahkan teknik berkomunikasi, bermasyarakat, menguruskan organisasi/majlis , membina keyakinan diri dan pelbagai lagi dalam aktiviti luar kuliah.

3. Belajar dari pengalaman sendiri
Cara yang paling mudah dan tak ternilai untuk menuntut ilmu adalah dari pengalaman kita sendiri. Pembelajaran melalui pengalaman ini kita telah amalkan sejak dari kecil lagi sehinggalah sekarang dan seterusnya sampai kita mati. Kalau setakat belajar saja tanpa amalan tak berguna juga, akhirnya kita akan lupa begitu sahaja.

4. Belajar dari pengalaman orang lain
Belajar dari pengalaman orang lain dapat menjimatkan masa belajar kita. Dengan selalu bertukar-tukar pendapat kita dapat memperdalamkan ilmu sebelum kita kita mempraktikkan sesuatu perkara. Dengan mengkaji kegagalan orang lain, kita dapat mengelakkan perkara yang sama berlaku ke atas diri kita.

5. Mentor
Perlu ada sekurang-kurangnya 2 atau 3 mentor (lagi banyak lagi bagus). Mentor diperlukan untuk memberi nasihat dan menegur apa-apa kesilapan yang kita lakukan sepanjang proses belajar sesuatu ilmu. Di zaman sekolah gurulah mentor kita; di universiti penyarah mentor kita; dalam menuntut ilmu agama ustaz mentor kita. Kalau tak ada mentor? tak apa, pelan-pelan cari laa mentor, cukuplah sekadar ada idola. Cari seorang yang paling kita respect sebagai idola dan berusaha untuk menjadi seperti beliau.

6. Buku/Majalah/Akhbar

7. Seminar
Seminar selalunya dianjurkan oleh orang-orang yang berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Tujuan seminar diadakan adalah untuk berkongsi pengalaman dan kejayaan yang telah mereka kecapi. Dengan mengikuti seminar kita dapat memantapkan lagi pengetahuan dalam diri kita selain dapat bertukar-tukar pendapat dengan para peserta.

8. Internet
Internet merupakan medium terkini yang digunakan untuk berkongsi maklumat. Maklumat di dalam internet sentiasa berkembang setiap saat seiring dengan meningkatnya penguna internet. Pengguna bukan sahaja mendapatkan maklumat dari internet malah mengongsikan maklumat antara satu sama lain.

Thursday, September 3, 2009

Selamat berpuasa

Dah masuk hari ke-14 dah pun puasa.. sekejap saja rasanya... lepas ni dah nak raya... alhamdulillah, 10 relung tanah yang aku pajak dah pun selamat ditanam sawit... sedikit saja tergelincir dari target asal yang mana seminggu awal bulan puasa tu aku terpaksa turun ke kebun untuk kerja-kerja memancang... sebelum tu kena pi tebang buluh dulu... lepas tu nak kena potong ikut saiz, tajamkan satu hujung, angkut ke kebun, pastu baru boleh memancang pokok... untuk menjimatkan kos aku buat ngan ayah... penat jugak la sebab tak boleh minum air... kat pasar ramadan aku pi beli air tebu... time bukak posa aku sorang ja yang langgah sampai abis air tebu tu...:)

minggu kedua puasa kakak aku yang duduk kat kuala nerang balik bukak puasa kat rumah mak... adik aku yang duduk kat banting balik pulak dua hari lepas tu... seronok boleh bukak puasa ramai2 ni... minggu kedua ni jugak hujan turun tak renti-renti sehingga hampir menyebabkan banjir besar... time bukak posa kat rumah mak aku perasan air dah start naik kat rumah seberang jalan... sampai satu ketika air tu dah start lintas jalan... nasib baik pagi besoknya hujan dah start berenti dan air dah mula surut... selamat anak sawit aku dari ditelenggami air...

Dalam bulan puasa ni tak banyak benda yang aku buat kat kebun... sekadar pergi melawat anak pokok ja... mak pesan suruh pi jengah pokok tu selalu... baru pokok tu senyum sikit tengok tuan dia datang... selain dari tu aku uruskan kerja-kerja berkaitan dokumen sewa/pajak tanah dan turun naik bank buat pinjaman kat bank... sukarnya nak buat pinjaman bila komitmen dah banyak ni... BSN kena reject, Standard Chartered kena reject, Allience tengah proses, Al Rajhi menyusul... huh penat... pilihan terakhir AgroBank, buat pinjaman bercagar tanah... untuk bagi bank lebih yakin, aku rasa aku kena buat sikit paper work untuk projek ni...

Saturday, August 22, 2009

Penyedian pancang untuk jarak tanaman

Pancang digunakan sebagai penanda sebelum sesuatu objek yang sebenar diletakkan di suatu tempatnya. Dalam pertanian proses menanda menggunakan pancang dilakukan untuk mendapatkan jarak yang sesuai antara pokok, susunan yang teratur, disamping dapat memaksimumkan penggunaan tanah. Dalam pertanian moden susunan tanaman merupakan perkara yang wajib sebelum sesuatu pokok dapat ditanam.

Setiap pokok mempunyai jarak yang berlainan bergantung kepada jenis dan juga varieti. Cara paling mudah untuk mengetahui jarak antara pokok ialah dengan mengukur jarak antara dua ranting yang paling hujung yang mampu dicapai oleh pokok tersebut, atau dengan erti kata lain, ukur diameter pokok (bukan diameter batang pokok). Diameter tersebut merupakan ukuran jarak yang sesuai antara setiap pokok. Ukuran yang kurang akan menyebabkan pokok kurang produktif kerana perlu bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan cahaya, manakala ukuran yang lebih menyebabkan pembaziran tanah. Dalam penanaman sayuran, selain jarak antara pokok, jarak antara batas juga perlu diambilkira. Perkara ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pungutan hasil.

Terdapat 2 jenis penandaan yang lazim digunakan untuk jarak setiap pokok; bentuk segiempat atau pun bentuk segitiga. Penanaman getah selalunya menggunakan jarak berbentuk segiempat, manakala sawit menggunakan jarak berbentuk segitiga. Bagi tanaman sayuran, akibat pemisahan antara batas, bentuk segiempat ini boleh juga dipanggil garis lurus, manakala bentuk segitiga dipanggil zig-zag. Asasnya tetap sama...

Dalam penyediaan pancang, di atas kertas memang nampak mudah, namun dalam keadaan sebenar tanpa perancangan dan persedian yang rapi boleh menyebabkan kerja menjadi rumit. Tali boleh digunakan untuk mendapatkan satu garisan yang lurus manakala kayu pengukur digunakan untuk mendapatkan jarak tanaman yang tetap antara pokok. Dalam kawasan yang luas, pancang yang telah ditanda akan menjadi rujukan untuk mendapat susunan yang lurus pada setiap arah. Jarak berbentuk segiempat lebih mudah kerana hanya melibatkan 2 susunan iaitu baris dan lajur. Jarak berbentuk segitiga lebih mencabar kerana ianya melibatkan 3 susunan pada arah setiap 60 darjah.

Sunday, August 16, 2009

Modal permulaan...

Untuk memulakan perniagaan atau sesuatu projek, modal permulaan merupakan perkara yang paling penting. iya lah, kalau tak ada modal macammana nak start. keperluan modal ni pulak bergantung kepada kecik atau besar sesuatu projek. kecil projek tu kecil lah modal, lagi besar projek, besar jugaklah modal yang diperlukan.

Dari mana nak dapatkan modal??
1) simpanan sendiri
2) pinjam dari ahli keluarga
3) pinjam dari bank
4) ....
5) ....

Banyak cara sebenarnya cara nak dapatkan modal, bergantung pada kreativiti masing-masing. selalunya orang merungut tak ada modal, tak ada modal, tak ada modal.... realiti yang sebenarnya ialah takut nak terjun dalam bidang perniagaan!!! Berpijak dibumi yang nyata... ukur pungkoq sendiri... nak buat projek besar, pungkoq pun kena besaq... kalau modal tak ada, kena usaha la cari modal dulu... set target nak modal banyak mana? bila baru boleh start projek? perancangan dah lengkap ke belum? start buat saving... start buat pinjaman... insya-Allah dengan usaha yang lebih, kita akan perolehi modal yang dihajati...

Sedikit petua kalau nak buat pinjaman dengan bank... kalau nak buat pinjaman dengan bank pastikan pada masa kita tengah kaya... bank mesti suka kat kita... kalau kita tengah miskin, projek tengah dilanda masalah, toksah lah dok pi buat muka kesian kat bank... sah2 loan kena reject... jangan harap bank nak tolong... bagi sesapa yang banyak komitmen loan tu, pi lah settle kan mana-mana yang patut dulu... make sure tak lewat bayar hutang... payment mesti cantik... kalau rajin pi check CCRIS kat bank negara...

Hutang... atau pun dengan erti kata lain pinjaman... sedikit nasihat... jangan takut nak berhutang untuk pelaburan kalau kita yakin dengan pulangan yang akan kita dapat... jangan berhutang semata-mata untuk keserokan atau untuk benda-benda yang tak perlu, tak baik untuk kesihatan...

Thursday, August 6, 2009

sawit update 1

Nampaknya proses menanam anak sawit berjalan lancar walaupun terdapat beberapa gangguan kecil. biasa lah tu... setakat ni 2 relung tanah awang telah selamat ditanam anak sawit... 1 1/4 relung tanah kak munirah dan 2 1/2 relung tanah paksu ya baru siap korek lubang... tanah cikgu harun yang 4 relung 171 jemba dalam proses menyediakan pancang... secara keseluruhannya proses penyedian pancang, korek lubang, penyedian piring, korek parit, sehinggalah proses menanam dilakukan serentak secara terus menerus untuk menjimatkan masa... selain daripada itu terdapat juga kerja-kerja membetulkan anak pokok yang tumbang dilakukan pada masa yang terluang... proses tandatangan surat perjanjian pula dilakukan pada waktu malam ataupun selepas selesai waktu kerja dikebun... begitulah rutin yang dilakukan sepanjang tempoh bermulanya projek tanaman sawit ni... target yang ditetapkan ialah sebelum bulan puasa sekurang-kurangnya 10 relung tanah dapat ditanam dengan kelapa sawit...

Setakat ni masalah yang dikesan adalah ancaman haiwan dan keadaan cuaca yang tidak menentu... keadaan cuaca ni bagi aku no komen... kita perlu bersyukur sebenarnya... keadaan hujan menyebabkan kita tidak dapat turun untuk membuat kerja selain menyebabkan kawasan yang rendah ditakungi air... ini menyebabkan planning perlu ditangguh dan dilanjutkan dari masa yang sepatutnya... keadaan angin yang kuat pula menyebabkan pokok yang baru ditanam condong ataupun lebih teruk lagi pokok akan terbalik atau tercabut... kerja-kerja memancang dan mengikat pokok ini memerlukan masa dan kos tambahan... banjir... harapnya tak berlaku la kot... tapi area situ ada sejarah berlakunya banjir... kuasa alam... kita tak boleh cabar...

Ancaman haiwan pulak setakat ni yang aku jumpa adalah kerbau... setakat ni aku belum pernah nampak lagi kelibat kerbau ni... yang aku nampak hasil tinggalan kerbau... tapak kaki, kesan kubang dan jugak taik kerbau... ada sekali tu tali pancang dan pancang habis tercabut dikerjakan kerbau... terasa penat jugak la kerja-kerja yang aku buat sehari sebelum tu... selain tu susunan pancang ada jugak yang terletak betul-betul dalam kubang kerbau... tunggu musim kering la nampaknya baru boleh tanam kat situ... ancaman kerbau yang lain aku tak tau lagi... tak mustahil kerbau-kerbau tu akan makan anak pokok sawit nanti... tengoklah keadaan... kalau perlu pagar, kita pagar... bertambah lagi kos tu.... selain tu kemungkinan ancaman lain adalah tikus...

Banyak jugak la benda yang aku dah belajar hasil daripada praktik sendiri proses tanaman sawit ni... tak buat, tak tau... nasib baik ada ayah yang support dari belakang... :)

Monday, July 27, 2009

Bermulanya kehidupanku sebagai seorang pekebun kecil kelapa sawit

Hari ni dah masuk hari ke-3 aku menceburi bidang penanaman kelapa sawit. Nampaknya lepas ni hari-hari lapang aku akan dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti di kebun sawit. Perancangan yang lebih teliti perlu diatur bagi memastikan projek ini berjalan lancar dan berjaya.

Projek tanaman sawit ni sebenarnya dah lama aku teringin nak buat, cuma menunggu masa yang sesuai saja. kalau nak diikutkan apa2 pun projek pertanian memerlukan modal yang besar dan selalunya mengambil masa yang lama untuk perolehan modal semula. Untuk tanaman seperti sawit keluasan tanah saja dah mampu mnggugat semangat. Kalau nenek moyang kaya, tanah berekar2 takpa laa... tu pun belum amik kira nak berebut tanah dengan adik beradik lagi! kalau nak beli tanah pun bukannya murah. dari tahun ke tahun harga tanah meningkat. kat kawasan aku saja tanah antarabangsa lebih kurang 30K serelung.... nak tanam sawit 1 relung mana cukup. kurang2 perlu 10 relung, dah 300K... mana nak cari??

Nasib baik ada ayah aku yang bukak peluang untuk aku... ayah tak bagi pun tanah dia kat aku... dia suruh aku beli tanah sendiri... aku cakap mana aku mampu... nak buat loan pun komitmen banyak sangat... tu la pasal ayah suruh aku berjimat aku tak nak dengar... aku buat personal loan satu apa pun aku tak nampak pulangan... yang aku nampak tiap-tiap bulan aku kena pi bayar hutang kat bank... mana dengan kad kredit lagi... penyelesaian yang ayah aku bagi simple ja... tak ada tanah sendiri, sewa la tanah... peluang yang dinanti-nanti tiba akhirnya... cina yang pajak tanah bendang orang kampung dah tak mau buat padi lagi... tanah paling depan yang merupakan jalan masuk mesin padi telah ditanam sawit... mereka dah tak ada pilihan lain melainkan berenti... tanpa membuang masa ayah telah pergi slow talk dengan tuan-tuan punya tanah... mereka berminat dengan proposal ayah... dan perkara seterusnya ayah serahkan pada aku...

Saturday, July 11, 2009

Macam mana mau jadi kaya?

Satu persoalan yang pernah aku dengar dari Bang Din tentang kawan dia Aziz... ya... macam mana mau jadi kaya? kebanyakan dari kita ramai yang menanam impian untuk jadi kaya... termasuk la aku sendiri... heheh... impian saja tak jadi kan... yang penting kena ada azam, kena ada usaha...

Kembali kepada cerita Aziz tadi... semuanya bermula dari impian macammana mau jadi kaya... Aziz ni dulunya merupakan supervisor Bang Din kat tempat kerja lama dia... Dah berjaya dia la ni... jadi tokey jual besi buruk... Cara dia tanam impian yang menarik minat aku tu... dia tak angan2 kosong... tapi dia tulis angan2 dia dan tampalkan dalam dompet dia... jadi tiap2 hari la dia baca azam dia tu... simple ja kan? mungkin kita pernah baca dan dengar benda simple ni kat mana2... aku sendiri pernah dengar benda ni masa study kat MRSM Beseri dulu... tulis berapa A nak dapat dan tampal dekat tempat yang boleh kita tengok selalu...

Jadi lepas ni jom kita tulis azam kita dan tampal la kat mana yang kita suka... err aku nak tulis dalam HP aku ja... :)

Friday, July 3, 2009

kali pertama tulis blog...

hari ni tiba2 aku rasa nak start buat blog. tak dak banyak idea lagi. tak tau lagi nak fokus pasal apa. jadi aku terus register dan taip jer laa. yang penting aku dah ada blog sendiri sekarang. dah lama nak cuba tak jadi2.

macammana aku boleh tergerak nak tulis blog? haa... cerita nya camni... sebenarnya aku tengah mencari solution untuk manage kewangan aku yang agak teruk... cari punya cari aku terjumpa artikel pasal OD ASB... kemudian aku berminat pulak nak cari maklumat pasal OD... pencarian maklumat OD ASB tu lah yang membawa aku ke blog member aku Jibam... Blog jibam ni fokus pasal hartanah... menarik gaya penulisan blog jibam ni... dan sejak dari hari tu la aku jadi silent reader kat blog jibam dan seterusnya membawak kepada penulisan blog aku sendiri...

Mudah saja nak tulis blog ni... lebih kurang macam tulis diari ja... cuma tulis diari kita tulis, kita baca sorang2... tulis blog, kita nak share penulisan kita, bagi orang lain baca sama... jadi kalau nak orang selalu baca blog kita, tulis lah apa2 pun asalkan penulisan tu kaya dengan maklumat...

zaman sekarang internet dah jadi satu keperluan... semakin banyak orang berhubung menggunakan internet... semakin banyak orang mencari maklumat di internet... korang pernah dengar tak orang cakap masa sekarang berlalu terlalu pantas... sebenarnya tak... dalam sehari tetap ada 24 jam... sebulan tetap 30 hari... setahun tetap 12 bulan... mana yang cepatnya?? tak dak cepatnya.... teknologi yang menyebabkan kita rasa macam tu... dulu ada surat... lepas tu talifon... lepas tu HP... sekarang ni internet pulak.... benda baru jadi lima minit kat US, kita kat sini dah tau... tu yang kita rasa masa pantas tu... kalau dulu sori la... cerita dah basi baru kita nak tau....

perkembangan internet tu sendiri terlalu pantas... siapa yang tak ambil endah tentang teknologi internet ni ketinggalan la dia... blog pulak bagi aku merupakan salah satu cara mudah untuk kita share maklumat di internet... takkan nak cari maklumat saja.... share la sama... :) okeh... apa lagi... jom kita pakat2 share maklumat... jom tulis blog!!!