Monday, November 9, 2009

Pasaran Dalam Perniagaan

Kepada sesiapa yang inigin memulakan perniagaan, yang pernah memohon bantuan, samaada daripada agensi kerajaan ataupun daripada bank, mungkin pernah diajukan dengan persoalan pasaran. Kadang-kadang soalan sekecil ini sahaja dah membantutkan semangat mereka-mereka yang baru mula hendak menjinakkan diri dengan perniagaan.


Pasaran penting dalam perniagaan. Kita perlu tahu siapa dan di mana target pasaran kita. Dengan mengetahui tentang pasaran, kita dapat membuat pelan dan tindakan yang sewajarnya dalam perniagaan yang kita ceburi. Pasaran merupakan perkara pokok yang menentukan hala tuju perniagaan. Tanpa pasaran kita cuma syok sendiri saja menjalankan perniagaan.


Tujuan kita menjalankan perniagaan adalah untuk mendapatkan untung, tidak kiralah kecil ataupun besar. Daripada mana kita dapat untung tersebut? Tentulah daripada hasil jualan produk ataupun servis kepada pembeli ataupun pelanggan. Jelas sekali mereka inilah yang kita cari. Mereka inilah pasaran kita. Pasaran boleh terdiri daripada individu perseorangan, syarikat ataupun agensi kerajaan. Selain itu pasaran juga boleh dipecahkan mengikut peringkat umur, jantina, kaum ataupun taraf hidup. Tugas kita mudah, kecilkan skop pembeli ataupun pelanggan ini mengikut bidang perniagaaan yang kita ceburi. Yang penting fokus, fokus dan fokus...




No comments:

Post a Comment