Saturday, August 22, 2009

Penyedian pancang untuk jarak tanaman

Pancang digunakan sebagai penanda sebelum sesuatu objek yang sebenar diletakkan di suatu tempatnya. Dalam pertanian proses menanda menggunakan pancang dilakukan untuk mendapatkan jarak yang sesuai antara pokok, susunan yang teratur, disamping dapat memaksimumkan penggunaan tanah. Dalam pertanian moden susunan tanaman merupakan perkara yang wajib sebelum sesuatu pokok dapat ditanam.

Setiap pokok mempunyai jarak yang berlainan bergantung kepada jenis dan juga varieti. Cara paling mudah untuk mengetahui jarak antara pokok ialah dengan mengukur jarak antara dua ranting yang paling hujung yang mampu dicapai oleh pokok tersebut, atau dengan erti kata lain, ukur diameter pokok (bukan diameter batang pokok). Diameter tersebut merupakan ukuran jarak yang sesuai antara setiap pokok. Ukuran yang kurang akan menyebabkan pokok kurang produktif kerana perlu bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan cahaya, manakala ukuran yang lebih menyebabkan pembaziran tanah. Dalam penanaman sayuran, selain jarak antara pokok, jarak antara batas juga perlu diambilkira. Perkara ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pungutan hasil.

Terdapat 2 jenis penandaan yang lazim digunakan untuk jarak setiap pokok; bentuk segiempat atau pun bentuk segitiga. Penanaman getah selalunya menggunakan jarak berbentuk segiempat, manakala sawit menggunakan jarak berbentuk segitiga. Bagi tanaman sayuran, akibat pemisahan antara batas, bentuk segiempat ini boleh juga dipanggil garis lurus, manakala bentuk segitiga dipanggil zig-zag. Asasnya tetap sama...

Dalam penyediaan pancang, di atas kertas memang nampak mudah, namun dalam keadaan sebenar tanpa perancangan dan persedian yang rapi boleh menyebabkan kerja menjadi rumit. Tali boleh digunakan untuk mendapatkan satu garisan yang lurus manakala kayu pengukur digunakan untuk mendapatkan jarak tanaman yang tetap antara pokok. Dalam kawasan yang luas, pancang yang telah ditanda akan menjadi rujukan untuk mendapat susunan yang lurus pada setiap arah. Jarak berbentuk segiempat lebih mudah kerana hanya melibatkan 2 susunan iaitu baris dan lajur. Jarak berbentuk segitiga lebih mencabar kerana ianya melibatkan 3 susunan pada arah setiap 60 darjah.

Sunday, August 16, 2009

Modal permulaan...

Untuk memulakan perniagaan atau sesuatu projek, modal permulaan merupakan perkara yang paling penting. iya lah, kalau tak ada modal macammana nak start. keperluan modal ni pulak bergantung kepada kecik atau besar sesuatu projek. kecil projek tu kecil lah modal, lagi besar projek, besar jugaklah modal yang diperlukan.

Dari mana nak dapatkan modal??
1) simpanan sendiri
2) pinjam dari ahli keluarga
3) pinjam dari bank
4) ....
5) ....

Banyak cara sebenarnya cara nak dapatkan modal, bergantung pada kreativiti masing-masing. selalunya orang merungut tak ada modal, tak ada modal, tak ada modal.... realiti yang sebenarnya ialah takut nak terjun dalam bidang perniagaan!!! Berpijak dibumi yang nyata... ukur pungkoq sendiri... nak buat projek besar, pungkoq pun kena besaq... kalau modal tak ada, kena usaha la cari modal dulu... set target nak modal banyak mana? bila baru boleh start projek? perancangan dah lengkap ke belum? start buat saving... start buat pinjaman... insya-Allah dengan usaha yang lebih, kita akan perolehi modal yang dihajati...

Sedikit petua kalau nak buat pinjaman dengan bank... kalau nak buat pinjaman dengan bank pastikan pada masa kita tengah kaya... bank mesti suka kat kita... kalau kita tengah miskin, projek tengah dilanda masalah, toksah lah dok pi buat muka kesian kat bank... sah2 loan kena reject... jangan harap bank nak tolong... bagi sesapa yang banyak komitmen loan tu, pi lah settle kan mana-mana yang patut dulu... make sure tak lewat bayar hutang... payment mesti cantik... kalau rajin pi check CCRIS kat bank negara...

Hutang... atau pun dengan erti kata lain pinjaman... sedikit nasihat... jangan takut nak berhutang untuk pelaburan kalau kita yakin dengan pulangan yang akan kita dapat... jangan berhutang semata-mata untuk keserokan atau untuk benda-benda yang tak perlu, tak baik untuk kesihatan...

Thursday, August 6, 2009

sawit update 1

Nampaknya proses menanam anak sawit berjalan lancar walaupun terdapat beberapa gangguan kecil. biasa lah tu... setakat ni 2 relung tanah awang telah selamat ditanam anak sawit... 1 1/4 relung tanah kak munirah dan 2 1/2 relung tanah paksu ya baru siap korek lubang... tanah cikgu harun yang 4 relung 171 jemba dalam proses menyediakan pancang... secara keseluruhannya proses penyedian pancang, korek lubang, penyedian piring, korek parit, sehinggalah proses menanam dilakukan serentak secara terus menerus untuk menjimatkan masa... selain daripada itu terdapat juga kerja-kerja membetulkan anak pokok yang tumbang dilakukan pada masa yang terluang... proses tandatangan surat perjanjian pula dilakukan pada waktu malam ataupun selepas selesai waktu kerja dikebun... begitulah rutin yang dilakukan sepanjang tempoh bermulanya projek tanaman sawit ni... target yang ditetapkan ialah sebelum bulan puasa sekurang-kurangnya 10 relung tanah dapat ditanam dengan kelapa sawit...

Setakat ni masalah yang dikesan adalah ancaman haiwan dan keadaan cuaca yang tidak menentu... keadaan cuaca ni bagi aku no komen... kita perlu bersyukur sebenarnya... keadaan hujan menyebabkan kita tidak dapat turun untuk membuat kerja selain menyebabkan kawasan yang rendah ditakungi air... ini menyebabkan planning perlu ditangguh dan dilanjutkan dari masa yang sepatutnya... keadaan angin yang kuat pula menyebabkan pokok yang baru ditanam condong ataupun lebih teruk lagi pokok akan terbalik atau tercabut... kerja-kerja memancang dan mengikat pokok ini memerlukan masa dan kos tambahan... banjir... harapnya tak berlaku la kot... tapi area situ ada sejarah berlakunya banjir... kuasa alam... kita tak boleh cabar...

Ancaman haiwan pulak setakat ni yang aku jumpa adalah kerbau... setakat ni aku belum pernah nampak lagi kelibat kerbau ni... yang aku nampak hasil tinggalan kerbau... tapak kaki, kesan kubang dan jugak taik kerbau... ada sekali tu tali pancang dan pancang habis tercabut dikerjakan kerbau... terasa penat jugak la kerja-kerja yang aku buat sehari sebelum tu... selain tu susunan pancang ada jugak yang terletak betul-betul dalam kubang kerbau... tunggu musim kering la nampaknya baru boleh tanam kat situ... ancaman kerbau yang lain aku tak tau lagi... tak mustahil kerbau-kerbau tu akan makan anak pokok sawit nanti... tengoklah keadaan... kalau perlu pagar, kita pagar... bertambah lagi kos tu.... selain tu kemungkinan ancaman lain adalah tikus...

Banyak jugak la benda yang aku dah belajar hasil daripada praktik sendiri proses tanaman sawit ni... tak buat, tak tau... nasib baik ada ayah yang support dari belakang... :)