Thursday, August 6, 2009

sawit update 1

Nampaknya proses menanam anak sawit berjalan lancar walaupun terdapat beberapa gangguan kecil. biasa lah tu... setakat ni 2 relung tanah awang telah selamat ditanam anak sawit... 1 1/4 relung tanah kak munirah dan 2 1/2 relung tanah paksu ya baru siap korek lubang... tanah cikgu harun yang 4 relung 171 jemba dalam proses menyediakan pancang... secara keseluruhannya proses penyedian pancang, korek lubang, penyedian piring, korek parit, sehinggalah proses menanam dilakukan serentak secara terus menerus untuk menjimatkan masa... selain daripada itu terdapat juga kerja-kerja membetulkan anak pokok yang tumbang dilakukan pada masa yang terluang... proses tandatangan surat perjanjian pula dilakukan pada waktu malam ataupun selepas selesai waktu kerja dikebun... begitulah rutin yang dilakukan sepanjang tempoh bermulanya projek tanaman sawit ni... target yang ditetapkan ialah sebelum bulan puasa sekurang-kurangnya 10 relung tanah dapat ditanam dengan kelapa sawit...

Setakat ni masalah yang dikesan adalah ancaman haiwan dan keadaan cuaca yang tidak menentu... keadaan cuaca ni bagi aku no komen... kita perlu bersyukur sebenarnya... keadaan hujan menyebabkan kita tidak dapat turun untuk membuat kerja selain menyebabkan kawasan yang rendah ditakungi air... ini menyebabkan planning perlu ditangguh dan dilanjutkan dari masa yang sepatutnya... keadaan angin yang kuat pula menyebabkan pokok yang baru ditanam condong ataupun lebih teruk lagi pokok akan terbalik atau tercabut... kerja-kerja memancang dan mengikat pokok ini memerlukan masa dan kos tambahan... banjir... harapnya tak berlaku la kot... tapi area situ ada sejarah berlakunya banjir... kuasa alam... kita tak boleh cabar...

Ancaman haiwan pulak setakat ni yang aku jumpa adalah kerbau... setakat ni aku belum pernah nampak lagi kelibat kerbau ni... yang aku nampak hasil tinggalan kerbau... tapak kaki, kesan kubang dan jugak taik kerbau... ada sekali tu tali pancang dan pancang habis tercabut dikerjakan kerbau... terasa penat jugak la kerja-kerja yang aku buat sehari sebelum tu... selain tu susunan pancang ada jugak yang terletak betul-betul dalam kubang kerbau... tunggu musim kering la nampaknya baru boleh tanam kat situ... ancaman kerbau yang lain aku tak tau lagi... tak mustahil kerbau-kerbau tu akan makan anak pokok sawit nanti... tengoklah keadaan... kalau perlu pagar, kita pagar... bertambah lagi kos tu.... selain tu kemungkinan ancaman lain adalah tikus...

Banyak jugak la benda yang aku dah belajar hasil daripada praktik sendiri proses tanaman sawit ni... tak buat, tak tau... nasib baik ada ayah yang support dari belakang... :)

No comments:

Post a Comment