Monday, November 9, 2009

Tawaran Pembelian Jentera Pertanian

Anda mendapat tawaran pembelian jentera pertanian daripada salah satu agensi kerajaan dengan pembayaran separuh harga. Sebahagian pembayaran ditanggung oleh agensi kerajaan tersebut, manakala sebahagian lagi yang ditanggung oleh pembeli perlu dibayar secara tunai. Umumnya kita mengetahui penggunaan jentera dapat membantu mempercepatkan proses dalam pertanian.


Persoalannya adakah anda perlu menerima tawaran tersebut?


Seperti juga pembelian kereta, pembelian jentera pertanian mempunyai susut nilai, perlu diselenggara pada tempoh-tempoh tertentu dan datang bersama seribu satu macam masalah kerosakan yang tak dijangka.


Jika anda membeli jentera pertanian tersebut hanya disebabkan tawaran pembayaran separuh harga tetapi penggunaan yang anda jangka hanya sekali atau dua kali sahaja dalam setahun, adalah lebih berbaloi jika ada menyewa sahaja.


Jadi, jawapannya adalah "Ya" jika anda akan menggunakan sepenuhnya jentera tersebut, dan "Tidak" jika anda membeli untuk menyimpan jentera tersebut. Pertimbangkanlah dengan sebaik-baiknya.....

No comments:

Post a Comment