Monday, November 9, 2009

Mini Projek : Tebu

Idea untuk Mini Projek : Tebu ini tercetus semata-mata untuk tidak membiarkan tapak projek tanaman cabai tidak dipenuhi semak samun. Sebelum bulan puasa hari tu, tapak tersebut dah pun dipenuhi lalang. Abang Halim, jiran sebelah rumah yang tolong racun. Bukannya aku tak nak racun sendiri, tapi pam racun aku rosak, dah berkali-kali aku try repair, tak boleh-boleh. Dalam bulan puasa, lalang-lalang tu pun mati kesan daripada penangan racun rumpai. Tak lama kemudian kesan batas cabai pun jelas kelihatan kembali. Dari situlah aku mula mencongak-congak untuk menanam sesuatu.


Aku adalah pekerja makan gaji. Waktu kerja aku adalah dari pukul 8:30 sehinggalah pukul 5:30, setiap hari Isnin sampai Jumaat. Selain tu aku juga sedang mengusahakan tanaman sawit seluas 18 relung.


Atas pertimbangan tersebut aku perlu memikirkan tanaman yang sesuai dengan masa yang aku ada. Dan akhirnya aku memutuskan untuk menanam tebu. Antara faktor aku memilih tebu adalah:-


1) Penjagaan yang agak mudah

2) Selang masa pembajaan yang agak panjang

3) Tempoh menuai hasil yang boleh dipanjangkan

4) Ancaman serangan musuh perosak yang sedikit

5) Tebu sedang hangat dibincangkan di Bicarajutawan

6) Terdapatnya rujukan penanaman tebu di Internet

7) Ayah aku berpengalaman dalam bidang penanaman tebu

8) Harga pasaran yang agak OK

9) Kos permulaan dan kos operasi yang minimum

No comments:

Post a Comment