Wednesday, September 16, 2009

Kepelbagaian Cara Menuntut Ilmu

Ilmu adalah penting dalam hidup kita. Ilmu dapat membezakan kita dari orang lain. Orang yang berilmu akan sentiasa dipandang mulia. Terlalu banyak ilmu yang boleh kita dalami. Terpulang pada kita samaada untuk menggunakan ilmu ke arah kebaikan atau kejahatan.

1. Sekolah
Di zaman persekolahan kita didedahkan dengan ilmu asas membaca, menulis dan mengira. Seterusnya kita didedahkan dengan ilmu asas bahasa, matematik, sains, agama dan juga sejarah. Pada peringkat persekolahan, anak-anak selalunya kurang jelas tentang keperluan belajar, yang mereka tahu kawan-kawan ramai di sekolah. Jadi disini, ibubapa memainkan peranan untuk menghantar dan menggalakkan anak-anak ke sekolah.

2. Universiti
Pembelajaran di universiti adalah mengkhusus kepada sesuatu bidang seperti kejuruteraan, perubatan, guaman, teknologi maklumat, bahasa. Selain pengkususan-pengkhususan tersebut pelajar juga didedahkan teknik berkomunikasi, bermasyarakat, menguruskan organisasi/majlis , membina keyakinan diri dan pelbagai lagi dalam aktiviti luar kuliah.

3. Belajar dari pengalaman sendiri
Cara yang paling mudah dan tak ternilai untuk menuntut ilmu adalah dari pengalaman kita sendiri. Pembelajaran melalui pengalaman ini kita telah amalkan sejak dari kecil lagi sehinggalah sekarang dan seterusnya sampai kita mati. Kalau setakat belajar saja tanpa amalan tak berguna juga, akhirnya kita akan lupa begitu sahaja.

4. Belajar dari pengalaman orang lain
Belajar dari pengalaman orang lain dapat menjimatkan masa belajar kita. Dengan selalu bertukar-tukar pendapat kita dapat memperdalamkan ilmu sebelum kita kita mempraktikkan sesuatu perkara. Dengan mengkaji kegagalan orang lain, kita dapat mengelakkan perkara yang sama berlaku ke atas diri kita.

5. Mentor
Perlu ada sekurang-kurangnya 2 atau 3 mentor (lagi banyak lagi bagus). Mentor diperlukan untuk memberi nasihat dan menegur apa-apa kesilapan yang kita lakukan sepanjang proses belajar sesuatu ilmu. Di zaman sekolah gurulah mentor kita; di universiti penyarah mentor kita; dalam menuntut ilmu agama ustaz mentor kita. Kalau tak ada mentor? tak apa, pelan-pelan cari laa mentor, cukuplah sekadar ada idola. Cari seorang yang paling kita respect sebagai idola dan berusaha untuk menjadi seperti beliau.

6. Buku/Majalah/Akhbar

7. Seminar
Seminar selalunya dianjurkan oleh orang-orang yang berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Tujuan seminar diadakan adalah untuk berkongsi pengalaman dan kejayaan yang telah mereka kecapi. Dengan mengikuti seminar kita dapat memantapkan lagi pengetahuan dalam diri kita selain dapat bertukar-tukar pendapat dengan para peserta.

8. Internet
Internet merupakan medium terkini yang digunakan untuk berkongsi maklumat. Maklumat di dalam internet sentiasa berkembang setiap saat seiring dengan meningkatnya penguna internet. Pengguna bukan sahaja mendapatkan maklumat dari internet malah mengongsikan maklumat antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment