Thursday, March 12, 2015

2 Perkara Asas Membina Kekayaan


Terdapat 2 perkara asas dalam membina kekayaan. Ayat ini juga boleh diubah seperti berikut : Terdapat 2 perkara asas untuk berjaya dalam perniagaan. Perkara asas pertama kurangkan perbelanjaan dan perkara asas yang kedua tambahkan pendapatan. Kedua-dua asas ini jika diamalkan akan memberikan hasil yang positif.

Usaha untuk mengurangkan perbelanjaan boleh jadi pelbagai cara, samaada secara perlahan ataupun secara drastik. Dalam pemakanan kita boleh pilih untuk masak sendiri makanan ataupun makan di kedai. Untuk tempat tinggal kita boleh pilih untuk beli rumah sendiri, sewa rumah ataupun tinggal menumpang di rumah ibubapa. Untuk bergerak ke tempat kerja kita boleh memilih untuk menaiki motosikal ataupun kereta. Ada banyak lagi contoh cara hidup yang boleh kita implement dalam usaha megurangkan perbelanjaan. Aku suka untuk mengemukakan persoalan seperti berikut : Kenapa orang yang cuma bergaji ratusan ringgit boleh bela anak 5 orang dan hidup bahagia, sedangkan orang yang bergaji ribu-ribu dengan anak 2 orang hidup dikelilingi hutang dan asyik dok merungut duit tak cukup?

Untuk menambah pendapatan pula selalunya kita akan terfikir untuk mencari kerja tambahan. Balik kerja berniaga burger, hujung minggu berniaga pasar malam atau pasar tani, bulan puasa berniaga pasar Ramadan, musim raya jual kueh raya, berniaga online. Itu adalah contoh ‘active income’ atau dengan erti kata lain kita menukarkan masa berharga kita dengan duit. Selain itu kita juga boleh memilih ‘pasif income’ seperti melabur dalam saham, melabur dalam hartanah ataupun membina perniagaan.

Kedua-dua perkara asas ini sebenarnya adalah berkisar tentang cara hidup. Nak teruskan hidup macam kebanyakan orang ataupun nak keluar dari kebiasaan. Nak cara cepat atau cara lambat. Pilihan ditangan masing-masing.

Monday, March 9, 2015

Secebis Kisah Bendi Dalam Cawan

Bendi selalunya digunakan dalam masakan gulai dan asam pedas. Selain sedap jika digoreng dengan telur, bendi yang direbus juga boleh dibuat ulam.

Bendi adalah sejenis tumbuhan sayuran yang agak mudah ditanam. Kalau sekadar nak mengisi masa lapang petang-petang atau hari cuti tu tanaman bendi memang sesuai sangat. Dapatkan benih, terus semai atas tanah. Selepas anak benih tumbuh, pastikan siram setiap hari dan bubuh baja ikut keperluan. Bila dah mula berbuah tu boleh kutip setiap 2 hari sekali. Kalau tanam banyak pokok, buah yang lebih tu siap boleh sedekah kat jiran-jiran lagi.

Tanam bendi dalam cawan mungkin kedengaran agak pelik. Aku buat sekadar nak mencabar minda dan cubaan untuk berfikir di luar kotak. Bila aku cerita kat orang, diorang cakap mana boleh. Ok. Aku pun terus buat dan hasilnya, bendi memang boleh tanam dalam cawan, cuma terdapat kekangan-kekangan tertentu yang memerlukan penambahbaikan.

Berikut pemerhatian yang aku dibuat:

1) Hasil tanaman dalam cawan tidak sesubur seperti menanam terus atas tanah disebabkan oleh saiz bekas yang kecil. Jadi jumlah air yang diberikan terhad satu cawan sahaja. Tumbuhan tak boleh menyerap air dengan cepat seperti manusia minum air.  Perkara ini mungkin boleh diselesaikan jika air boleh diberi secara berterusan mengikut keperluan tumbuhan.

2) Penanaman dalam cawan adalah terhad selama 1 bulan sahaja. Sekiranya air dan baja diberi pada kadar yang mencukupi pun belum tentu tumbuhan dapat membesar dengan sempurna. Kadar serakan akar akan bertambah seiring dengan kadar pertumbuhan tumbuhan. Pada satu tahap saiz bekas yang kecil tak mampu menampung kepadatan serakan akar tersebut. Untuk itu selepas 1 bulan pokok bendi boleh dialihkan ke atas tanah.

Pokok bendi dalam cawan yang kurus, di apit pokok sawi dan kucai.


Pokok bendi yang ditanam atas tanah lebih gemuk dan subur.

Pada ketika update ini ditulis, bendi dalam cawan yang aku tanam telah pun dialihkan ke tanah. Dah kutip hasil sebanyak 7 biji dah pun. Rebus buat ulam jer la...

Wednesday, February 25, 2015

Hello World!

Hello World!

Hampir 4 tahun sejak penulisan aku yang sudah. Tiba-tiba tangan ni terasa gatal pulak nak menulis.

4 tahun dulu tiba-tiba aku terasa buntu tak tau nak kongsi apa.
Aku terasa ilmu aku cukup kurang untuk berkongsi cerita di halaman blog ini.
Kadang-kadang aku ada benda nak kongsi tapi tangan ni tak tergerak pulak nak menulis.
Banyak jugak benda yang aku lalui sepanjang 4 tahun ni...

Insya-Allah aku akan cuba untuk kemaskini kembali.

Yang pasti ianya akan berkisar tentang "Bagaimana nak capai kebebasan kewangan?"




Sunday, August 1, 2010

Sekian lama tak update Blog

Alamak! dah lama gila aku tak update blog. 2 minggu lepas dah ada orang tanya aku pasal blog aku yang dah lama tak upadate. hmmm... ini menunjukkan ada jugak orang yang prihatin tentang kewujudan blog aku dan sudi mengikuti perkembangannya. Kepada sesiapa yang mengikuti blog ini, pertama sekali terima kasih atas sokongan anda. komen anda secara bertulis mahupun lisan amatlah diperlukan untuk memajukan lagi blog ini. Keduanya aku mintak maaf banyak sebab aku tak memberi perhatian yang sewajarnya kepada blog ini untuk beberapa waktu. bukan apa, frust tengok keadaan sawit aku yang lambat sangat nak pulih. Heheh.... alasan... aku kekeringan idea untuk pengolahan penulisan sebenarnya...

Apa-apa hal pun, elok aku ceritakan secara kasar apa perkembangan yang berlaku sepanjang tempoh aku tak update blog...

Sawit
Setakat 17/7/2010 aku baru habis membaja untuk kali yang ke-3. Kerja cuci pokok 95% ayah yang buat. Kerja sulam pokok mati pun semua ayah yang buat. Aku cuma membantu semasa membaja dan meracun sahaja. Kekangan masa... aku kerja makan gaji beb. Secara keseluruhan, pertumbuhan pokok adalah tidak sekata, ada yang kecik ada yang besar.


Tebu
Tebu aku telah mula dijual sebanyak 450kg dengan hasil jualan sebanyak RM232.00. Ingatkan nak jual bualan posa nanti, tapi pokok aku dilanda angin kuat menyebabkan habis pancang yang dibuat patah dengan teruknya. Nak betulkan balik pun dah tak boleh, jadi aku biarkan saja. Aku jangkakan jualan setakat RM800.00 sahaja dengan tanah sekangkang kera tu. Kawasan baru perlu disediakan untuk sulam pucuk tebu yang dipotong.


Pelaburan hartanah
Satu bidang yang aku sedang berjinak-jinak. Banyak juga survey yang telah aku buat sama ada secara online mahupun pergi sendiri ke lokasi. Ada la dua tiga buku yang dah aku baca tentang pelaburan hartanah. Banyak lagi yang perlu dipelajari. Pengalaman masuk lelong dah pun aku rasa baru-baru ni, walaupun pada hakikatnya, keberanian aku untuk menceburkan diri masih ditahap minimum, akibat komitmen kewangan aku yang terlalu tinggi. nanti aku ceritakan pasal pengalaman beli rumah secara lelong untuk post yang akan datang.

Thursday, March 25, 2010

tebu update



setakat ni pokok tebu yang aku tanam dah ada yang sama tinggi dengan orang... tak mustahil bulan posa ni boleh mencecah sampai 8 ke 10 kaki... bahagian pangkal tebu aku ni agak kurus berbanding bahagian atasnya disebabkan penggunaan baja tenggelam banjir yang tak efektif... selepas aku tukar baja nitrophoska keluaran behn mayer baru la nampak gumok sikit... kalau sebatang seringgit... seribu batang dah kira seribu ringgit... ok la tu... nama pun projek sampingan... tak penat sangat macam tanam cabai....
kesimpulan yang aku boleh buat, tanam tebu memang best... tak banyak karenah... tebu yang aku tanam adalah tebu jenis telur... ada la dua tiga batang tebu morris dan tebu hitam yang tersesat... tebu telur ni tak la besar macam tebu morris... aku agak amik kisah pasal saiz ni sebab kat area aku ni, diorang beli tebu kira timbang, tak macam sebelah johor, tebu telur diorang kira ikut gred A, B, C. jadi semestinya la aku suka morris... pada hemat aku lagi banyak aku letak baja, lagi besar la saiz nya... lagi besar saiznya, lagi berat la bila timbang... lagi berat tebu tu, lagi banyak dirham la aku dapat... kalau aku tanam beribu-ribu tebu... lagi beribu-ribu dirham la aku dapat....

Thursday, February 4, 2010

Sawit Update 3

Hari ni hujan lebat, setelah beberapa minggu hujan tak turun. Macam biasa aku akan call mak kat kampung tanya hujan tak kat sana. Masa aku call tu mak cakap tak hujan pun. Lepas pada tu aku tak tau la pulak. Bukan apa, aku kesian kat anak sawit aku yang baru tanam tu. dah la hari tu baru nak pulih.

secara keseluruhannya 18 relung tanah yang dipajak telah habis ditanam dalam awal januari baru ni. Proses penanaman yang terbaru, adalah di tanah abg ady dan jugak tanah pak man. hampir 400 pokok jugak la. nasib baik harga benih sawit dah turun sikit. dapat la kurangkan kos. Harga benih sekarang adalah sekitar RM7.00-RM8.00 sahaja untuk pokok 10 ke 18 bulan.

Masuk tahun baru ni maknanya dah mula la aku kena bayar sewa tanah yang pertama. Mak dah start bising sebab dah terlajak sampai bulan february dah pun. tengah hari tadi aku pi beli payment voucer untuk digunakan sebagai bukti bayaran. surat perjanjian aku tak pi matikan stem lagi. nanti bising lagi la mak kat aku! proses perjumpaan dengan setiap tuan tanah kali ni ayah suruh aku pi sendiri. orait, tak dak masalah.

Hmmm.. dah masuk bulan february dah pun. sempat lagi kot aku nak review planning aku tahun lepas...
1) Buat ODASB - OK
2) Komitment terhadap hutang piutang - Ongoing
3) Mendapatkan sekurang2nya satu hartanah - (hemm.. sebenarnya hartanah yang aku maksudkan adalah rumah...) 18 relung tanah yang dipajak 15 tahun tu boleh kira ka? boleh jugak la kot.. walaupun bukan tanah aku sendiri...cuma satu perkara aku kena ingat.. untuk 3 tahun yang pertama hartanah pajakan tersebut tak memberikan apa2 pulangan.. kikis duit aku lagi ada...

secara keseluruhannya untuk tahun lepas aku puas hati. terdapat perkembangan yang positif terhadap perancangan kewangan. Untuk tahun ni pulak, aku belum bercadang untuk menambah keluasan tanah pajakan walaupun terdapat 2 target tanah baru setakat ni. tapi kalau ada offer, aku tak tolak. Plan aku tahun ni adalah untuk memberikan tumpuan terhadap sawit yang baru ditanam, selain meneruskan komitmen terhadap hutang. Sifoo Faris, nampaknya lambat lagi la aku nak berurusan dengan hang...

Monday, January 11, 2010

Sony Ericson C510


inilah rupanya hp baru aku, Sony Ericson C510.


ni pulak hp lama aku, Nokia 1112 :)

sebelum ni ramai member yang dok suruh aku tukar phone. dan macam2 alasan aku bagi... bagi aku keperluan terhadap hp hanyalah untuk buat dan terima panggilan serta sms. hp juga boleh digunakan sebagai alat untuk simpan no phone dan nombor2 lain yang sebagainya. selain itu, hp digunakan sebagai jam dan juga sebagai reminder... Nokia 1112 cukup memadai bagi aku. harga toksah cakap la. memang murah. tak payah nak risau nak rosak atau nak hilang.

namun baru2 ni keperluan aku terhadap hp berubah sejak aku ada blog ni. blog aku agak bosan tanpa gambar. aku memerlukan gambar untuk di'update' ke dalam blog. Penggunaan hp berkamera adalah satu pilihan yang terbaik yang mana hp pada masa sekarang sentiasa dibawa kemana2. akhirnya keputusan dibuat. Sony Ericson C510. Harganya, memang cukup patut, padan dengan features nya. nantikan gambar2 yang aku akan update lepas ni...