Thursday, November 12, 2009

Hukum Alam : Banjir

Bersyukur kita kepada Allah atas segala rahmat yang diberikan. Jangan kita asyik merungut dengan dugaan-dugaan yang diberikan. Dugaan yang diberikan supaya kita sentiasa beringat kepada Allah. Ini menunjukkan Allah sayang kepada kita.

11 November 2009, lebih kurang 1:30 pagi, banjir telah melanda kampung aku. Rumah orang tua aku telah dinaiki air setinggi paras lutut. apabila dapat call dari mak, aku terus bergegas untuk membantu apa yang patut. Fenomena banjir kali ni agak berbeza daripada banjir2 sebelumnya. selalunya kalau hujan tak henti-henti selama seminggu baru air naik. Kali ni lain sikit. pagi tu panas terik, petang tu hujan dengan lebatnya. Tiba2 air naik dengan mendadak, surut pun cepat jugak la... banjir kilat, selalu kat KL jer berlaku... Kadang-kadang perkara semacam ni berlaku adalah disebabkan tangan-tangan manusia sendiri jugak... untuk mengingatkan kita jangan mencabar hukum alam. terima lah dengan reda...

Pokok sawit aku tak terlepas daripada penangan banjir tersebut. Nasib baik surut cepat. Sawit ni pada aku adalah antara pokok-pokok yang agak lasak. Tapi kalau dah berminggu-minggu terendam mati jugak dia...

Monday, November 9, 2009

Pasaran Dalam Perniagaan

Kepada sesiapa yang inigin memulakan perniagaan, yang pernah memohon bantuan, samaada daripada agensi kerajaan ataupun daripada bank, mungkin pernah diajukan dengan persoalan pasaran. Kadang-kadang soalan sekecil ini sahaja dah membantutkan semangat mereka-mereka yang baru mula hendak menjinakkan diri dengan perniagaan.


Pasaran penting dalam perniagaan. Kita perlu tahu siapa dan di mana target pasaran kita. Dengan mengetahui tentang pasaran, kita dapat membuat pelan dan tindakan yang sewajarnya dalam perniagaan yang kita ceburi. Pasaran merupakan perkara pokok yang menentukan hala tuju perniagaan. Tanpa pasaran kita cuma syok sendiri saja menjalankan perniagaan.


Tujuan kita menjalankan perniagaan adalah untuk mendapatkan untung, tidak kiralah kecil ataupun besar. Daripada mana kita dapat untung tersebut? Tentulah daripada hasil jualan produk ataupun servis kepada pembeli ataupun pelanggan. Jelas sekali mereka inilah yang kita cari. Mereka inilah pasaran kita. Pasaran boleh terdiri daripada individu perseorangan, syarikat ataupun agensi kerajaan. Selain itu pasaran juga boleh dipecahkan mengikut peringkat umur, jantina, kaum ataupun taraf hidup. Tugas kita mudah, kecilkan skop pembeli ataupun pelanggan ini mengikut bidang perniagaaan yang kita ceburi. Yang penting fokus, fokus dan fokus...




Mini Projek : Tebu

Idea untuk Mini Projek : Tebu ini tercetus semata-mata untuk tidak membiarkan tapak projek tanaman cabai tidak dipenuhi semak samun. Sebelum bulan puasa hari tu, tapak tersebut dah pun dipenuhi lalang. Abang Halim, jiran sebelah rumah yang tolong racun. Bukannya aku tak nak racun sendiri, tapi pam racun aku rosak, dah berkali-kali aku try repair, tak boleh-boleh. Dalam bulan puasa, lalang-lalang tu pun mati kesan daripada penangan racun rumpai. Tak lama kemudian kesan batas cabai pun jelas kelihatan kembali. Dari situlah aku mula mencongak-congak untuk menanam sesuatu.


Aku adalah pekerja makan gaji. Waktu kerja aku adalah dari pukul 8:30 sehinggalah pukul 5:30, setiap hari Isnin sampai Jumaat. Selain tu aku juga sedang mengusahakan tanaman sawit seluas 18 relung.


Atas pertimbangan tersebut aku perlu memikirkan tanaman yang sesuai dengan masa yang aku ada. Dan akhirnya aku memutuskan untuk menanam tebu. Antara faktor aku memilih tebu adalah:-


1) Penjagaan yang agak mudah

2) Selang masa pembajaan yang agak panjang

3) Tempoh menuai hasil yang boleh dipanjangkan

4) Ancaman serangan musuh perosak yang sedikit

5) Tebu sedang hangat dibincangkan di Bicarajutawan

6) Terdapatnya rujukan penanaman tebu di Internet

7) Ayah aku berpengalaman dalam bidang penanaman tebu

8) Harga pasaran yang agak OK

9) Kos permulaan dan kos operasi yang minimum

Tawaran Pembelian Jentera Pertanian

Anda mendapat tawaran pembelian jentera pertanian daripada salah satu agensi kerajaan dengan pembayaran separuh harga. Sebahagian pembayaran ditanggung oleh agensi kerajaan tersebut, manakala sebahagian lagi yang ditanggung oleh pembeli perlu dibayar secara tunai. Umumnya kita mengetahui penggunaan jentera dapat membantu mempercepatkan proses dalam pertanian.


Persoalannya adakah anda perlu menerima tawaran tersebut?


Seperti juga pembelian kereta, pembelian jentera pertanian mempunyai susut nilai, perlu diselenggara pada tempoh-tempoh tertentu dan datang bersama seribu satu macam masalah kerosakan yang tak dijangka.


Jika anda membeli jentera pertanian tersebut hanya disebabkan tawaran pembayaran separuh harga tetapi penggunaan yang anda jangka hanya sekali atau dua kali sahaja dalam setahun, adalah lebih berbaloi jika ada menyewa sahaja.


Jadi, jawapannya adalah "Ya" jika anda akan menggunakan sepenuhnya jentera tersebut, dan "Tidak" jika anda membeli untuk menyimpan jentera tersebut. Pertimbangkanlah dengan sebaik-baiknya.....

Sawit Update 2

Hari yang sibuk sepanjang minggu. Bulan Oktober dah pun berlalu. Pejam celik, pejam celik dah nak raya haji pulak. Hari-hari yang aku lalui sejak dua menjak ni cukup padat. Sampai satu tahap aku rasa seolah-olah aku tak ada cuti lansung!

Kat tempat kerja aku tengah sibuk dengan ISO 9001:2008 yang aku kena handle. Balik kerja aku akan turun ke kebun sawit, tak pun aku ke kebun sebelah rumah untuk projek baru aku. Hari sabtu ngan ahad memang aku sepenuhnya ada kat kebun sawit.

Status kat kebun sawit? Alhamdulillah, pokok dah mula mengeluarkan pucuk baru. Itu tandanya akar pokok dah mula serasi dengan tanah dan dah pandai cari makan sendiri. Cuma ada 2/3 pokok saja yang mati. Daun pulak agak kekuningan akibat kurang baja rasanya. Sekarang ni musim hujan, kurang sesuai nak letak baja. Rumput-rumpai pulak sedang tumbuh dengan meriahnya. Aku pulak, apa lagi, kena turun padang la jawabnya, galas mesin rumput, buat piring sawit. Kalau nak mudah dan cepat memang la boleh upah orang saja. Atas alasan nak menjimatkan kos dan nak merasai sendiri pengalaman buat kerja-kerja asas sendiri, terpaksa la aku korbankan masa buat sendiri. Yang bagusnya aku dapat belek sendiri dari satu pokok ke satu pokok tengok masalah. Dari pemerhatian aku, banyak lagi yang aku perlu buat lepas habis buat piring ni. Perbetulkan pokok senget, membaja, korek parit, buat jalan, kutip pancang....

Penat? memang penat. Hari pertama buat piring, habis sakit satu badan. Hari-hari berikutnya sakit-sakit mula hilang dan rasa macam biasa balik. Pengalaman yang aku dapat? tak ternilai....